Tuesday, December 29, 2009

spark




Keselamatan sewaktu dedahan amat penting,,,jarak percikan dan 'moment' bergantung pada kelajuan 'shutter' yang digunakan.Electric welding berbeza dengan gas,,percikannya tidak menentu,,jadi,,teruskan 'snapping dengan kelajuan shutter di bawah 1/4 saat,,dan ini bergantung pada kederasan percikan tersebut,,'sand bag' atau apa jua yang dapat menstabilkan kamera juga penting untuk mendapatkan angle yang rendah,,elakkan melihat terus pada sumber percikan kerana akan membahayakan mata kerana kecerahan percikan yang melampau,,,akhir sekali,,dapatkan seberapa banyak info sebelum melakukan tugasan ini,,,agak bahaya,,ambil langkah keselamatan,,,ok,,sindri mau ingat,,,

Wednesday, December 23, 2009

silat




Ketangkasan,,,pergerakan yang cepat dan pantas ni memerlukan seseorang jurugambar itu berada dlm situasi yang siap siaga dan peka terhadap 'moment' yang ingin dirakamkan,,,tunggu dengan kelengkapan yg cukup,,peralatan yg sempurna dengan kelajuan 'drive' yg maksimum,,,cahaya yang cukup memberikan ruang bagi 'shutter' bergerak pantas dan dapat memegunkan subjek yg sedang beraksi.Penggunaan flash juga berkesan untuk memegunkan subjek yg sedang bergerak sama ada dengan 'slow shutter'(rear curtain flash sync) apa tah lg dengan kelajuan maksimum 'flash sync', dalam kes ini kelajuan subjek di pegunkan menggunakan flash pada kelajuan maksimum 'flash sync' 1/500,,,only on legendary Nikon D70,,,,so,,flash ratio baca betul betul betul,,,sindri mau ingat,,,

Sunday, December 6, 2009

building



Architecture Photography,,,berkait rapat dengan faktor line dan warna,,,kesimbangan ini membuatkan sesuatu struktur bangunan itu berkembangan dengan balance,,,stabil.Penggunaan lens yg sesuai, filter yang tertentu juga pemilihan waktu rakaman harus di tiitk beratkan.Interior dan exterior adalah 2 perkara umum dalam rakaman subjek sebegini,,,namun keupayaan bagi menghasilkan gambar yg seimbang bukan hanya terletak pada simetrikal ataupun dengan merakam seluruh objek bangunan tersebut. Sesetengah objek perlu pada bahagian sokongan tertentu ataupun sudut tertentu,,,ada pula pada keistemewaannya yang tersendiri,,,selalunya Arkitek juga adalah orang yang sangat arif tentang angle dalam fotografi,,,bagi seorang jurugambar,,,komunikasi dengan subjek dari segi bentuk,,masa,,cuaca,arah matahari dan komponen bangunan) adalah kunci utama bagi memantapkan lagi fotografi ke atas subjek,,,sekian,,sindri mau ingat